Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".

Pages

Wednesday, 17 December 2014

Sahabat 2











“….Ita…ita…dah subuh ni…”kejut Sarah setelah kedengaran azan sayup-sayup kedengaran.Setelah berulang kali menggoyangkan kedua-dua bahu Ita,Ita tetap tiada respons.Jam di atas mejanya sudahpun menunjukkan 6:15am.Sarah mengambil langkah untuk ke bilik air bagi mengambil wudhu’.


“Sejuuukkkkk,….”Sarah membiarkan air paip menuruni laju.Nii…mesti syaitan ganggu aku.Aku tak boleh kalah.Sarah terus melawan sifat geliatnya.Wudhu diambil dengan teliti dan cermat. Langkahan terus ke pintu biliknya dan kelihatan Ita masih lagi tidur walaupun telah berulangkali mengejutkannya. “Mungkin period kut…,”gumam Sarah dalam hati.Takbir diangkat menunaikan solat fardhu Subuh.




“I want you to submit this assignments next week on my table at the same day and who submitted late will deduct ten marks for their course works.Class dismiss..”

“Arghhh..malaznya,,ade assignment..”Kedengaran keluh kesah daripada beberapa orang pelajar setelah Madam Khalida keluar dari dewan kuliah tersebut.Sarah hanya diam dan mengucapkan syukur kerana ada latihan yang dapat menambahkan pemahamannya dalam subjek itu.Dia melihat jamnya yang telah menunjukkan pukul 3pm.Ermm..Zuhur belum ditunaikan lagi.Dia berpaling kea rah Ita.


“Ita,aku nak ke surau sekejap..nak solat Zohor,”kata Sarah cepat-cepat.

“Eh,jomla…aku belum solat lagi..,”balas Ita.

Sarah terdiam.Terkejut.Aik…Pagi tadi??Takkan dah mandi wajib kut.Aku dan dia kan satu kelas dari pagi tadi..Mungkin dia dah solat kutt..aku je tak perasan.


***************’*****************************************************************

Keesokannya..

“Ita…ita…dah Subuh ni…”Sarah terus mengejutkan Ita sebaik sahaja dia mendengar azan Subuh.Namun,tak juga bangun-bangun.Malahan,seusai solat subuh pun dikejutnya lagi.Namun,tak juga bangun-bangun.


“Ke dia ‘cuti’ kut..”kata Sarah dalam hati.Sarah dah mula syak.Tapi,dijauhkan juga prasangkanya.

Keesokan dan keesokan harinya lagi..

“Sarah,sini kejap…,”panggil Anis dari jauh.Sarah meletakkan pinggannya yang mengandungi sayur masak lemak cilia pi dan ikan keli goreng.Hhhmm,simple tapi sedap.Sarah membalas lambaian Anis.

“Engkau seroommate dengan Ita kan?,”Tanya Anis tiba-tiba setelah kerusi di hadapan Sarah diambil.Sarah mennganggukkan kepalanya sahaja.ni mesti ada apa-apa ni..Sarah terus merobek ikan kelinya.Terus dikunyah dengan sungguh nikmat dan selera.

“sebenarnya,aku tak nak la menyibuk kan..tapi,aku nak Tanya jujur daripada engkau memandangkan ko orang rapat dengan dia…,”Anis memulakan bicara.  Dia menjeling melihat gelagat Sarah yang makan tak berhenti-henti.apabila Sarah berasa diperhatikan,dia tersengih.

“Hhhmm…nak Tanya apa?Penting je…”Tanya Sarah balik.

“Ok,macam ni..ita tu tak solat ea…”Suara Anis tetiba diperlahankan.Sarah kaget.Diam.

“Aku taka da niat jahat pun..Cuma,aku tak nak la benda ni jadi isu antara orang lain kan..lagipun,aku ikhlas nak ajak dia kea rah kebaikan.,”tokok Anis lagi.

“Macam mana engkau tahu…”Sarah tidak berselindung lagi.lagipun,salah dia yang tidak menegur dan nasihat baik-baik dekat ita.

“Engkau pun tahu kan aku selalu buat assignment dengan dia semalaman.and,dia pun selalu tidur bilik aku..”kata Anis lagi.Suasana kafe itu agak lengang.Maklumlah,sudah hamper pukul empat petang.

“Ye tak ye jugak..”Kepala Sarah terangguk-angguk.

“And…kalau engkau nak tahu sebenarnya sesiapa meninggalkan solat subuh ini lebih kejam daripada perompak yang mencuri segala perhiasan di dalam rumah kita…”

“Perompak??”sarah membulatkan matanya.

“Yup.Jika ada sekawanan perompak menceroboh masuk kerumah kita, dan merompak kesemua barang yang kita miliki. Emas, wang tunai ribuan ringgit dan semua perhiasan dirompak. Laptop yang mengandungi data-data penting dirampas. Kereta yang belum habis ansurannya juga dicuri. Bolehkah ko bayangkan bagaimana pedihnya hati kita menerima musibah itu?Nauzubillah,,, Tapi ketahuilah, sebenarnya waktu Subuh lebih kejam dari perompak itu. Sebab jika kita 'culas waktu Subuh', sehingga melalaikan solat subuh, maka kita akan mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari sekadar kehilangan laptop dan kereta. Bahkan kita juga akan kehilangan dunia dan segala isinya. Ingat, ‘Dua rakaat fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya,’ (HR Muslim).,”terang Anis panjang lebar.

“Ohh…betul ke ni??Takutnya..”Sarah termengkalan.





Sahabat 1









Dalam dunia ni banyak jenis sahabat yang aku engkau dia you I awak mereka ana nahnu ,semua..semua berbeza dan macam-macam..dahulu,waktu aku zaman persekolahan dulu,ada yang suka main golf,gusti(wooo!gusti main-main aja),suka buat protocol sendiri,suka protes,tengok anime,suka bercintan novel,tapi ada yang baik,sopan dan ayu (tabik!aku hormat..*senyum)..banyak betul kerenah diorang ni…tapi ada sesuatu yang menarik perhatian aku dan kini aku terimbau satu dialog antara geng-geng aku suatu saat kita bersama dahulu.


Alkisah bermula di dorm..


“Nur..engkau tahu taka pa yang aku dengar sewaktu aku lewati Kelas 5 Ali tadi?”Tanya Opick.

“Apa…engkau ni ada-ada sahaja..”Opick melayan.

Opick menghampiri Nur yang sedang mengemas katilnya.Maklumla,esok,ada pengawas checking katil.Opic memulakan bicaranya.

“Sewaktu aku lalu ke kelas 5 Ali tadi..aku ternampak Omar dan Syakir sedang borak-borak.Time tu taka da sesiapa di dalam kelas melainkan mereka berdua.Aku dengar la diorang cakap..”Opick berhenti seketika melihat reaksi Nur.

“Apa..”Tanya Nur menunggu reaksi.

Opick menutup mulutnya menahan tawa.Matanya dikejap-kejap tersipu malu.Senyum sendiri jawabnya.

“Apa dia…”Nur mula tertanya-tanya.

Lalu jari jemarinnya membuat putaran 180 degree mennghinggap ke lengan Opick.


“Aaaduuuuuuuhhhhhhh,sakitnya….”Opick melarikan lengannya.Mukanya masih tersengih-sengih..malahan senyumnya makin menyeringai.

Apa lagi…makin rancakla Nur nak cubit lagi!

“Ok..ok..”opick mengalah.Opick kembali bercerita. “Ok,engkau tahu kan dalam kelas 5 Ali tu terdapat satu board dekat belakangnya kan..?”soal Opick.

Aikk.. “Setahu aku bukan setiap kelas kea da board macam tu…??”Tanya Nur pelik.

“Oh ea…”Opick mula menggaru-garu kepala.”Haah la…tak kisah la”Opick sengih.

Nur mencebik.hhhmmm..

“Time tu aku nak pergi ambil buku teks aku yang tertinggal dekat Kelas Al banna,then terus tak jadi sebab bila terdengar Omar dan Syakir cakap macam ni..”Opick membetulkan duduknya sebelum meneruskan bicaranya.Otaknya berputar menerobos situasi petang tadi.Waktu itu,dia bersendirian  di celah tingkap nako.

“Omar cuba engkau tengok board ni….”ajak Syakir sambil membelek-belek kemudian dia mengangkat board itu.


“Kenapa dengan board itu..jomla..nanti diorang tunggu kita dekat padang pulak.”dalih Omar.

“Kejap la….sini jap…”syakir ajak lagi.

Omar yang berura-ura hendak keluar kelas membatalkan niatnya apabila melihat syakir sangat asyik membelek-belek board itu.Opick juga turut sama-sama ingin beredar dari belakang pintu itu dan mengikut niatnya yang tergendala.Namun,akhirnya,tergendala jugak.huhuhuhu.

“Engkau nak tak kita ukir nama kita dekat sini…nanti bila dah keluar sekolah ni…belum tentu lagi kita akan berjumpa..kalau Allah takdirkan,insAllah…tapi,..aku nak la kita buat kenangan kita dekat sekolah ni..”kata Syakir tiba-tiba mengendurkan suaranya.Kemudian,senyum tipis.


Omar juga senyum. “Engkau jangan la buat aku touching pulakk…sedih lak aku..macam kita dah tak jumpa pulak…”Omar turut berasa apa yang syakir rasa.Hhhmm..sebak.Mahunya tak sebak,sahabat yang sama-sama ada sewaktu dia susah dan senang.Kadang-kadang Syakir turut sama dimerit bersamanya kerana mengejutnya yang terlewat bangun ke sekolah.kadang-kadang Syakir la geng dia bila dia mahu pekena cendol selepas solat Jumaat,dan ditangkap basah dengan Cikgu Kamal.Apa lagi,berbirat telapak tangan terkena penangan yang tak semena-menanya, dan sewaktu mereka terlambat masuk Dewan Makan untuk makan malam akibat sakan bermain bola dan berbirat lagi  terkena rotan Ustaz Kamal,Syakir la yang setia.Walaupun kadang-kadang mereka nakal dan suka bermain-main..Syakir la yang mengajaknya untuk mendengar usrah.Yup!U.S.R.A.H.Rohaninya terisi.Isi dengan manisnya cinta suci,Allah..Usrah??**Mungkin ada yang alergik dengannya,tak kurang yang meluat,kolot or tak relevan…zaman moden la…atau apa-apa sahaja yang bervirus..tapi tak bagi aku..hidup ini kekadang melalaikan..hanya usrah la tempat kita berteduh mendengar kisah pahit maung nak dirikan Islam tertegak di bumi,suatu saat apabila dajjal datang dan Islam akan bangkit!..mungkin kalian akan terkapai-kapai mencari..atau mungkin juga tidak.Terpulang!Semuanya tepuk dada Tanya iman!!**

“andaikata kita tak jumpa lagi…aku tetap nak kita ukir sesuatu dekat board ni…kut kut anak-anak kita belajar dekat sekolah sini ke....Hhuhuhu..”Syakir tetiba sengih.

“Hahaha…amboi dah fikir anak..”Sambut Omar.Yup,sahabat..Adakah aku jugak akan menemui sahabat seperti kamu selepas ini??Mengajak,menegur tatkala aku tersilap..Omar mengeluh.Memendam rasa.


***********************************************************************


‘Opick sengih.’Amboi awalnya,tak habis SPM lagi,dah berani beranak bagai..Tapi,best jugak kalau dapat ukir something dekat board as kenangan’gumam dalam hati.

“Seriously,diorang buat macam tu??”Nur gulp.Opick mengangguk.Ceritanya habis.

“Tu vandalisme namanya…”omel Nur.

“Ahaks…tu bukan point aku la…”Opick membidas.

“Tapi,diorang ni fair n lovely la jugakkan.Walaupun kantoi curi-curi pekena cendol time habis solat jumaat walhal Cikgu Kamal dah bagi warning awal-awal  tak bagi.Hhhhmm…..tapi,sweet gak kan..”Nur pulak tersengihh.

“Walaupun vandalisme…hhhmmmm”Opick mengajuk cakap Nur.

“Tapi..kan..SPM pun tinggal berapa bulan lagi..argh,siapa la yang nak kejutkan aku lagi kalau aku lambat bangun subuh..”Nur melirik Opick.Dia mengeluh.Dan,Opick turut sama mengeluh.Sama-sama merasai apa yang bakal hilang.


Sahabat..Walaupun bukan hilang secara totalnya,tapi,untuk mencari nilai seorang sahabat yang sanggup berpeluh kesah kernaNya..Allah..

Sahabat,indahnya pekertimu mengingatiku tatkala aku dangkal dengan erti sebenarnya sebuah kehidupan.Indahnya apabila engkau sudi berjemaah tika kali solat waktu menjengah.Terasa syahdu sujud menuju Tuhan kerana ada peneman yang seia semati mencari bingkisan kasihMu..


Syukran^^,




Tuesday, 16 December 2014

10 wasiat as-Syahid Imam Hassan al-Bann



1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sunday, 14 December 2014

Lirik Qunut Nazilah - UNIC


Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas

Ya Allah 3x

Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka 3x

Dan kemenangan untuk kami

Lagu / Lirik (Terjemahan) : Bazli UNIC


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/07/lirik-qunut-nazilah-unic-lirik.html#ixzz3M0WdDNF6


Saturday, 13 December 2014

MUSTAFA KAMAL ATATURK



Image result for MUSTAFA KEMAL ATATURK



Siapakah dia ini?Mustafa Kamal attaturk ini merupakan penegak agenda yahudi..Pada awalnya,Mustafa Kamal Ataturk pernah dianggap sebagai Salahuddin Al-Ayubi kedua.Malahan,umat Islam menaruh harapan yang tinggi kepada Ataturk bagi memimpin Negara-negara Islam.namun,kepercayaan kepadanya semakin pudar dan kian luntur,seterusnya  beransur-ansur hilang secara perlahan.Dia yang bertanggungjawab mengakhiri empayar Uthmaniyah,dia juga menghancurkan system khalifah dalam semalaman sahaja yang mana golongan yahudi cuba meruntuhkan system tersebut tetapi tidak Berjaya,dan menjadikan Turki sebuah Negara secular di mana presiden sebagai pemerintahnya,bukan lagi system sultan dan menjadikan Islam sebagai musuh.






LATAR BELAKANG MUSTAFA KAMAL ATATURK



Mustafa kamal ataturk mempunyai ayah,Ali Reza Afendi namun 

demikian itu bukan ayah kandungnya.Dia mempunyai 

seorang kakak iaitu Makbulla dan seorang ibu,Zubaidah Hanim.

Sebenarnya,Mustafa Kamal Ataturk dilahirkan setelah peristiwa pesta kambing di mana golongan Yahudi akan berkumpul untuk berpesta setahun sekali terutamanya di Salonika.Dan,pada malam itu,ketua Yahudi Dumamah berucap dan mengimpikan sebuah Negara baru di Palestin sebagai permulaan baru menguasai dunia.Pada malam itu terlalu gelap dan mereka minum arab dan melakukan seks bebas.Tanpa diketahui Zubaidah,air yang diminumnya ialah arak,dalam keadaan mabuk dia tenggelam dalam pelukan orang lain,Abdul Muhsin Agha(merangkap kawan baik Ali Reza Afendi).Setelah lahirnya Mustafa Kamal Ataturk,Zubaidah mula mengesyaki sesuatu dengan kulit Mustafa Kamal Ataturk berkulit lebih putih daripada Ali reza Efendi .mata birunya seperti biru langit.Rambutnya seperti bulu jagung di mana lebih mirip abdul Muhsin Agha.Zubaidah sememangnya seorang wanita Islam yang taat beragama Islam tetapi nasibnya agak malang kerana bersuamikan suami yang tak berpegang dengn ajaran Islam.







Usia Remaja



Setelah Ali Reza Afendi meninggal dunia di Pergunungan Olmypus,zubaidah membawa anak-anaknya berpindah dan menemui abangnya,Hussein Agha untuk menumpang hidup.Zubaidah dianggap bernasib baik kerana abangnya sudi menumpangkan mereka anak beranak di rumah abangnya dan sebagai balasan mereka dikehendaki bekerja di lading Hussein Agha tanpa diberi upah.




Sejak kecil,Mustafa Kamal ataturk sering memukul kakaknya,Makbulla.sikapnya yang kasar dan suka menentang amat dirisaukan oleh Zubaidah.Pada suatu hari,perpindahan Zubaidah dapat diketahui oleh Abdul Muhsin Agha.Lalu,dia mengajak Zubaidah anak beranak tinggal di rumah sewanya.Abdul Muhsin Agha orang yang senang dan memberi zubaidah anak beranak tempat tinggal yang percuma malahan diberikan pekerjaan menjahit kepada Zubaidah untuk menyara hidup Mustafa Kamal Ataturk dan Makbulla.Dalam diam,Abdul Muhsin agha cuba merapati Mustafa Kamal Ataturk yang merupakan anak yang diharap sebagai pemangkin yahudi pada suatu hari nanti.





Abdul Muhsin agha  selalu memenangi hati Mustafa Kamal Ataturk dengan membeli apa sahaja yang diminta olehnya.Mustafa Kamal Ataturk amat bijak dalam Matematik dan selalu mendapat markah tertinggi dalam kelasnya.Walhal, Abdul Muhsin agha  telah menyuruh guru Mustafa Kamal Ataturk untuk mengajar Mustafa Kamal ataturk terlebih dahulu daripada teman2nya yang lain dan selalu mendapat soalan bocor daripada gurunya.





Zubaidah mengimpikan Mustafa Kamal Ataturk seorang tahfiz dan menjadi ulamak suatu hari nanti.Oleh hal demikian,dia selalu berusaha utk menghantar Mustafa Kamal Ataturk ke sekolah tahfiz.Tetapi,hal ini bertentangan dengan Mustafa Kamal Ataturk yang mahu memasuki sekolah Semsi Efendi yang mempelajari sains,matematik,bhs Inggeris,sejarah dan ilmu alam.tambahan pula,saranan Abdul Muhsin agha  untuk melihat Mustafa Kamal Ataturk menghancurkan system khalifah dan menjadi pemimpin nombor satu Negara Berjaya disemai dalam hati Mustafa Kamal Ataturk.



p/s:bersambung


Thursday, 11 December 2014

First Day in UTP



 First Day in UTP


A step to the mesmerization of sarcastic Chancellor Hall.For me la...Nothing i could not forget easily of the naturally build of a hall with airlands up and down with the opposite of glassed library.Plus,with lifts.And also offices.Hhmm..i've been told that this library is the third largest library in the Malaysia or what..i could not recall well.Yup...it is a split of time.You know like the flies passed by as it has been two years i've been a student or 'mahasiswi' on that majestic place with the An Nur Mosque at the centre,green fields where people have been spotted for dating somehow,jogging married sweet couple or a group of students playing football during every evening.While,few others spend their stressed out time with playing hockeys,badminton and tennis at sport complex and so all.yet,i'm the one who will be recklessedly lying on the bed thinking how mumbling i am to go out or not.lastly,searching www.tonton.com for dramas and a laughing show to remove all the sickness i am.what a silly wasting thought!sometime,i'd fallen on regretting for not coming out of the nice view around.Alhamdulillah...although there is a thought of regret,there is a thought of how i'm going to manage my time for not letting the passed by with a lonely moment by having some gatherings at the mosque.









what is the specialities of this mosque?I've never ever to think that this An-Nur is having 'qiammulail' which stay up after having some sleep and doing ibadat for Allah which is very seldom for other mosques instead in universities.Yup,this 'qiammulail' is having for every week!
and there are some sharings after maghrib or isya' which is recalled me of how Badiuzzaman Said an-nursi (ulama' Turki) who is occasionally delivering about the beauty of Islam until the end of his breath wherever he goes.

p/s:sometimes,maybe millions of not yet muslims are wondering what is islam about?so,as muslims,what are we gonna do?run away?yeah...just run away..and that is not related to us..until when??until the day of end??it is all your choices..and,may Allah open their revolving hearts with seeking hidayat.amin




Hulagu Khan

Dush!!!Nyah engkau penyakit malas!!!Ya Allah,moga engkau kuatkn hatiku untuk tulis entri kali ni.Aminn..InshaAllah,aku memilih untuk meneroka sejarah Islam.Moga dipermudahkan.Aminn.

Hulagu Khan 1


Siapakah dia tu?hhhmm..Hulagu Khan adalah orang yang menjatuhkan Baghdad selepas kegemilangan islam selama 500 tahun.Bagaimana BAghdad boleh jatuh tersungkur?cuba tilik diri sendiri balik..Astaghfirullah..pada zaman itu, umat islam semakin lemah dari segi rohaninya sehingga jatuh ke dalam fitnah yang dahsyat.Kerajaan Bani Abbasiyah berkhir dengan pemerintahan Sultan Al- Musta'shim Billah (640-656H/ 1242-1258M)

Pada zama kerajaan Bani abbasiyyah,muncul juga ramai ahli cendikiawan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, al-Farabi, Ibn Rusyd, al-Khawarizmi al-Razi dan ramai lagi.

Dalam pada yang sama,lahirnya al Farazi dalam bidang astronomi.Mengikut sejarah,namanya  di Eropah dikenali sebagai al-Faragnus.Beliau juga menulis buku astronomi yang diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard dan Johannes Hispalensis.

Terdapat juga tokoh-tokoh yang lahir iaitu Imam 4 mazhab seperti Imam Hanafi, Imam malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.


Apabila Baghdad ditakluk oleh Monggol,ramai ulama dan cendikiawan Islam telah dibunuh.Kitab-kitab dibakar dalam sungai Dajlah hingga air sungai itu berwarna hitam,bermulalah zaman kemunduran Islam.

Pada zaman pemerintahan khalifah al-Musta'shim Billah,terdapat menteri yang menjadi gunting dalam lipatan.Ternyata dalam pemerintahan itu sendiri telah berlaku pergolakan sesama saudara Islam.Moga dapat dijadikan iktibar.InsAllah.

*******************
Pada tahun 1215M,Gengkhis Khan menakluk negara China selepas berjaya merobohkan tembok besarnya.Selepas itu,Gengkhis Khan memberi tumpuan di Timur TEngah.


Empat tahun kemudian iaitu,1219M,tentera Monggol telah sampai ke bumi Turki dan kemudiannya terus ke Samarkand.Mereka mendapat tentangan daripada pemerintahan Khawarism iaitu Sultan al-Din.Oleh sebab itu,Gengkhis Khan terpaksa berundur semula ke China.


Pada tahun 1229M,Gengkhis datang dengan tentera yang lebih besar.Mereka berjaya menakluk Bukhara,Samarkand,Khurasan,Hamadzan,Quzwainn dan sampai ke sempadan Baghdad.


Sultan Al al-Din memimpin semula pasukan tenteranya lalu berperang dengan Monggol di Mazindaram.Baginda terbunuh dan pasukan tentera monggol menang.


Jalal al-Din iaitu putera kepada Sultan Ala al Diin mengambil alih kuasa lalu berusaha menghalau orang Mongol.Mereka bertempur di Attock pada 1224 tetapi tewas.Sultan Jalal al-Din terpaksa melarikan diri ke india.

Kemudian Gengkhis Khan meluaskan jajahan takluknya hingga ke Azebaijan.setiap negeri,wilayah dan daerah yang dilaluinya mereka melakukan pembunuhan,rampasan harta dan perkosaan.Bangunan dan tempat kediaman dibakar.


Gengkhis Khan membahagikan tanah jajahan takluknya kepada 4 orang puteranya,iaitu Junchi, Chagatai,Ogatao dan Tolui.

Tolui Khan menguasai Khurasan dan Parsi.Selepas Tolui meninggal dunia paa tahun 6541256M,wilayah yang dikuasainya dibahagikan kepada anak-anaknya.Hulagu Khan mewarisi wilayah PArsi..

***rehat jap***


Maka bermulalah sejarah Hulagu Khan.Selepas kemtian ayahnya,Hulagu Khan bersama 200 ribu tenteranya ke Lurs yang terletak di utara Parsi.Apabila hal ini diketahui oleh Amir Lurs lalu dia meminta pendapat orang yang dipercayainya.Mengikut saranan orang kanannya,lebih baik untuk menentang orang Mongolia itu.Tentera Mongolia tidak bertimbang rasa dan ganas."Sekiranya kita menyerah diri kita pasti dibunuh.Maka lebih baik kita terkorban mati syahid kerana mempertahankan agama dan negeri kita,"kata Sayyaf ,ketua angkatan tentera Lurs.

Akhirnya,amir Lurs menghantar surat kepada khalifah al-Musta'shim Billah shah di Baghdad dan kerajaan Mesir tetapi mengecewakan.Malahan,surat balasan yang diterima dari kerajaan Mesir menyuruhnya berdamai.pemerintah Damsyik turut menyatakan Hulagu Khan layak untuk menakluk wilayah Lurs dan Hanashim yang menjadi tanah jajahan takluk Tolui.

Amir Lurs berasa kecewa kerana bantuan yang diimpikan daripada saudara seagama tidak kesampaian.Dengan tentera berjumlah 50,000 orang,beliau bertekad menentang tentera Monggol.

***Teropong bumi Palestin**

Yup.That's right.The same things happen to our brothers in Palestine as well.yet,alhamdulillah..today,there are a lot of missions to help them.at the same time, there are also a lot of  people in the name of Islam,but,they actually are blind with their own world.Walaupun ramai umat islam tapi ibarat buih-buih di lautan.


******************************







Saturday, 6 December 2014

Bersangka Baik

Bersangka Baiklah Dengan Sahabat ᴴᴰ | Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid


Yang mahu bersahabat,yang mahu berkawan, hendaklah mencari kemungkinan,mencari dan terus mencari segala kemungkinan untuk sangkaan baik untuk seorang sahabat yang lain

apabila kita bersahabat dengan seorang kawan,dia membuat jemputan,dan kita tidak menerima sebarang jemputan,maka hendaklah kita terus mencari dan mencari..

"mungkin dia terlupa.."

"mungkin dia telah memberi kepada si fulan si fulan..."

"mungkin dia sibuk.."

Berbeza dengan seorang yang dikatakan "sahabat",..

"argh,dia memang.."

"dia memang tak kenal hak persahabatan..."

"sampai hati..."



Carilah kamu kemungkinan sampai 70 kali kemungkinan untuk sahabat kamu....

jikalau kamu bertembung dengan seseorang di pertengahan jalan..dan dia tidak memberi salam..

carilah dan carilah kemungkinan

"mungkin dia..mungkin dia..mungkin dia" sampai tidak mempunyai sebab untuk kita bersangka buruk kepadanya..

yang kedua,menasihati pada moment yang sesuai..

supaya dia tidak marah sama kita dan boleh menerima teguran kita



Moga Allah mengurniakan kita sahabat yang baik di dunia dan di akhirat,..

Moga apabila sahabat menegur kita,kita menyebut jazakallahukhair...

Moga sahabat membuka aib kita untuk kita cerminkan diri kita kepada lebih baik.


Sunday, 2 November 2014

Chasing Love To Final Horizon 2

 The sun closed it's eyes, a slumber song will produce melody
serenading music to let you dream,let you sleep in this embrace
in that dream, there's only the two of us next to each other
there is my love enclosing your heart
let you rest your body,lay your heart down from worries
let this embrace that you're sleeping on,likening this pillow to be made from true love
sleep my darling
this night i will take care of you,bringing true love to enclose your heart
let this love infuses into your heart
let this love speaks the word i want to utter
does your heart have me or not?
but my heart only has you
#lrskf

Chasing Love to Final Horizon

Time passed by,i never understood what love is like
In my life,i never get to know ,until i get to meet you
i get to connect with those eyes
My heart that is strong as crag melts and become tender when i get to meet you
i know that i have no chance,secretly dreaming,i can only daydream
keeping my love inside,i can't reveal my inner feeling
the more i escape,the more i yeaming
the faraway of final horizon ,edge o the vast oceanthe more i escape far away,but you still lingering in my heart
the faraway final horizon,no matter where love is
i will go look for you,how much to overcome
i will follow the sound of my heart to the final horizon

#lrskf