Dush!!!Nyah engkau penyakit malas!!!Ya Allah,moga engkau kuatkn hatiku untuk tulis entri kali ni.Aminn..InshaAllah,aku memilih untuk meneroka sejarah Islam.Moga dipermudahkan.Aminn.
Hulagu Khan 1
Siapakah dia tu?hhhmm..Hulagu Khan adalah orang yang menjatuhkan Baghdad selepas kegemilangan islam selama 500 tahun.Bagaimana BAghdad boleh jatuh tersungkur?cuba tilik diri sendiri balik..Astaghfirullah..pada zaman itu, umat islam semakin lemah dari segi rohaninya sehingga jatuh ke dalam fitnah yang dahsyat.Kerajaan Bani Abbasiyah berkhir dengan pemerintahan Sultan Al- Musta'shim Billah (640-656H/ 1242-1258M)
Pada zama kerajaan Bani abbasiyyah,muncul juga ramai ahli cendikiawan Islam yang terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Kindi, al-Farabi, Ibn Rusyd, al-Khawarizmi al-Razi dan ramai lagi.
Dalam pada yang sama,lahirnya al Farazi dalam bidang astronomi.Mengikut sejarah,namanya di Eropah dikenali sebagai al-Faragnus.Beliau juga menulis buku astronomi yang diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Gerard dan Johannes Hispalensis.
Terdapat juga tokoh-tokoh yang lahir iaitu Imam 4 mazhab seperti Imam Hanafi, Imam malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Apabila Baghdad ditakluk oleh Monggol,ramai ulama dan cendikiawan Islam telah dibunuh.Kitab-kitab dibakar dalam sungai Dajlah hingga air sungai itu berwarna hitam,bermulalah zaman kemunduran Islam.
Pada zaman pemerintahan khalifah al-Musta'shim Billah,terdapat menteri yang menjadi gunting dalam lipatan.Ternyata dalam pemerintahan itu sendiri telah berlaku pergolakan sesama saudara Islam.Moga dapat dijadikan iktibar.InsAllah.
*******************
Pada tahun 1215M,Gengkhis Khan menakluk negara China selepas berjaya merobohkan tembok besarnya.Selepas itu,Gengkhis Khan memberi tumpuan di Timur TEngah.
Empat tahun kemudian iaitu,1219M,tentera Monggol telah sampai ke bumi Turki dan kemudiannya terus ke Samarkand.Mereka mendapat tentangan daripada pemerintahan Khawarism iaitu Sultan al-Din.Oleh sebab itu,Gengkhis Khan terpaksa berundur semula ke China.
Pada tahun 1229M,Gengkhis datang dengan tentera yang lebih besar.Mereka berjaya menakluk Bukhara,Samarkand,Khurasan,Hamadzan,Quzwainn dan sampai ke sempadan Baghdad.
Sultan Al al-Din memimpin semula pasukan tenteranya lalu berperang dengan Monggol di Mazindaram.Baginda terbunuh dan pasukan tentera monggol menang.
Jalal al-Din iaitu putera kepada Sultan Ala al Diin mengambil alih kuasa lalu berusaha menghalau orang Mongol.Mereka bertempur di Attock pada 1224 tetapi tewas.Sultan Jalal al-Din terpaksa melarikan diri ke india.
Kemudian Gengkhis Khan meluaskan jajahan takluknya hingga ke Azebaijan.setiap negeri,wilayah dan daerah yang dilaluinya mereka melakukan pembunuhan,rampasan harta dan perkosaan.Bangunan dan tempat kediaman dibakar.
Gengkhis Khan membahagikan tanah jajahan takluknya kepada 4 orang puteranya,iaitu Junchi, Chagatai,Ogatao dan Tolui.
Tolui Khan menguasai Khurasan dan Parsi.Selepas Tolui meninggal dunia paa tahun 6541256M,wilayah yang dikuasainya dibahagikan kepada anak-anaknya.Hulagu Khan mewarisi wilayah PArsi..
***rehat jap***
Maka bermulalah sejarah Hulagu Khan.Selepas kemtian ayahnya,Hulagu Khan bersama 200 ribu tenteranya ke Lurs yang terletak di utara Parsi.Apabila hal ini diketahui oleh Amir Lurs lalu dia meminta pendapat orang yang dipercayainya.Mengikut saranan orang kanannya,lebih baik untuk menentang orang Mongolia itu.Tentera Mongolia tidak bertimbang rasa dan ganas."Sekiranya kita menyerah diri kita pasti dibunuh.Maka lebih baik kita terkorban mati syahid kerana mempertahankan agama dan negeri kita,"kata Sayyaf ,ketua angkatan tentera Lurs.
Akhirnya,amir Lurs menghantar surat kepada khalifah al-Musta'shim Billah shah di Baghdad dan kerajaan Mesir tetapi mengecewakan.Malahan,surat balasan yang diterima dari kerajaan Mesir menyuruhnya berdamai.pemerintah Damsyik turut menyatakan Hulagu Khan layak untuk menakluk wilayah Lurs dan Hanashim yang menjadi tanah jajahan takluk Tolui.
Amir Lurs berasa kecewa kerana bantuan yang diimpikan daripada saudara seagama tidak kesampaian.Dengan tentera berjumlah 50,000 orang,beliau bertekad menentang tentera Monggol.
***Teropong bumi Palestin**
Yup.That's right.The same things happen to our brothers in Palestine as well.yet,alhamdulillah..today,there are a lot of missions to help them.at the same time, there are also a lot of people in the name of Islam,but,they actually are blind with their own world.Walaupun ramai umat islam tapi ibarat buih-buih di lautan.
******************************
0 comments:
Post a Comment