
“….Ita…ita…dah subuh ni…”kejut Sarah setelah kedengaran azan
sayup-sayup kedengaran.Setelah berulang kali menggoyangkan kedua-dua bahu
Ita,Ita tetap tiada respons.Jam di atas mejanya sudahpun menunjukkan 6:15am.Sarah
mengambil langkah untuk ke bilik air bagi mengambil wudhu’.
“Sejuuukkkkk,….”Sarah membiarkan air paip menuruni
laju.Nii…mesti syaitan ganggu aku.Aku tak boleh kalah.Sarah terus melawan sifat
geliatnya.Wudhu diambil dengan teliti dan cermat. Langkahan terus ke pintu
biliknya dan kelihatan Ita masih lagi tidur walaupun telah berulangkali
mengejutkannya. “Mungkin period kut…,”gumam Sarah dalam hati.Takbir diangkat
menunaikan solat fardhu Subuh.
“I want you to submit this assignments next week on my table
at the same day and who submitted late will deduct ten marks for their course
works.Class dismiss..”
“Arghhh..malaznya,,ade assignment..”Kedengaran keluh kesah
daripada beberapa orang pelajar setelah Madam Khalida keluar dari dewan kuliah
tersebut.Sarah hanya diam dan mengucapkan syukur kerana ada latihan yang dapat
menambahkan pemahamannya dalam subjek itu.Dia melihat jamnya yang telah
menunjukkan pukul 3pm.Ermm..Zuhur belum ditunaikan lagi.Dia berpaling kea rah Ita.
“Ita,aku nak ke surau sekejap..nak solat Zohor,”kata Sarah
cepat-cepat.
“Eh,jomla…aku belum solat lagi..,”balas Ita.
Sarah terdiam.Terkejut.Aik…Pagi tadi??Takkan dah mandi wajib
kut.Aku dan dia kan satu kelas dari pagi tadi..Mungkin dia dah solat kutt..aku
je tak perasan.
***************’*****************************************************************
Keesokannya..
“Ita…ita…dah Subuh ni…”Sarah terus mengejutkan Ita sebaik
sahaja dia mendengar azan Subuh.Namun,tak juga bangun-bangun.Malahan,seusai
solat subuh pun dikejutnya lagi.Namun,tak juga bangun-bangun.
“Ke dia ‘cuti’ kut..”kata Sarah dalam hati.Sarah dah mula
syak.Tapi,dijauhkan juga prasangkanya.
Keesokan dan keesokan harinya lagi..
“Sarah,sini kejap…,”panggil Anis dari jauh.Sarah meletakkan
pinggannya yang mengandungi sayur masak lemak cilia pi dan ikan keli goreng.Hhhmm,simple
tapi sedap.Sarah membalas lambaian Anis.
“Engkau seroommate dengan Ita kan?,”Tanya Anis tiba-tiba
setelah kerusi di hadapan Sarah diambil.Sarah mennganggukkan kepalanya
sahaja.ni mesti ada apa-apa ni..Sarah terus merobek ikan kelinya.Terus dikunyah
dengan sungguh nikmat dan selera.
“sebenarnya,aku tak nak la menyibuk kan..tapi,aku nak Tanya jujur
daripada engkau memandangkan ko orang rapat dengan dia…,”Anis memulakan bicara.
Dia menjeling melihat gelagat Sarah yang
makan tak berhenti-henti.apabila Sarah berasa diperhatikan,dia tersengih.
“Hhhmm…nak Tanya apa?Penting je…”Tanya Sarah balik.
“Ok,macam ni..ita tu tak solat ea…”Suara Anis tetiba
diperlahankan.Sarah kaget.Diam.
“Aku taka da niat jahat pun..Cuma,aku tak nak la benda ni
jadi isu antara orang lain kan..lagipun,aku ikhlas nak ajak dia kea rah kebaikan.,”tokok
Anis lagi.
“Macam mana engkau tahu…”Sarah tidak berselindung
lagi.lagipun,salah dia yang tidak menegur dan nasihat baik-baik dekat ita.
“Engkau pun tahu kan aku selalu buat assignment dengan dia
semalaman.and,dia pun selalu tidur bilik aku..”kata Anis lagi.Suasana kafe itu
agak lengang.Maklumlah,sudah hamper pukul empat petang.
“Ye tak ye jugak..”Kepala Sarah terangguk-angguk.
“And…kalau engkau nak tahu sebenarnya sesiapa meninggalkan
solat subuh ini lebih kejam daripada perompak yang mencuri segala perhiasan di
dalam rumah kita…”
“Perompak??”sarah membulatkan matanya.
“Yup.Jika ada sekawanan perompak menceroboh masuk kerumah
kita, dan merompak kesemua barang yang kita miliki. Emas, wang tunai ribuan ringgit
dan semua perhiasan dirompak. Laptop yang mengandungi data-data penting
dirampas. Kereta yang belum habis ansurannya juga dicuri. Bolehkah ko bayangkan
bagaimana pedihnya hati kita menerima musibah itu?Nauzubillah,,, Tapi
ketahuilah, sebenarnya waktu Subuh lebih kejam dari perompak itu. Sebab jika
kita 'culas waktu Subuh', sehingga melalaikan solat subuh, maka kita akan
mengalami kerugian yang jauh lebih besar dari sekadar kehilangan laptop dan
kereta. Bahkan kita juga akan kehilangan dunia dan segala isinya. Ingat, ‘Dua
rakaat fajar lebih baik dari dunia dan segala isinya,’ (HR Muslim).,”terang
Anis panjang lebar.
“Ohh…betul ke ni??Takutnya..”Sarah termengkalan.
0 comments:
Post a Comment