Suatu hari Khalifah Umar Abdul Aziz berpidato di hadapan
kaum muslimin. Sebagaimana biasa, pidato beliau sangat menarik dan memikat para
pendengar. Akan tetapi pada kali ini, selain daripada kandungan pidatonya,
gerak-gerik Khalifah pun turut menjadi perhatian. Khalifah sering memegang dan
mengibas-ngibaskan bajunya ketika berpidato, sesekali di sebelah kanan dan
sesekali di sebelah kiri. Dengan demikian orang ramai menyadari bahawa gerakan
tangan Khalifah tidak ada hubungannya dengan kandungan pidato.
Setelah Khalifah turun daripada tempat berpidato, mereka
saling bertanya dan akhirnya diketahui rahsianya. Dikatakan bahwa baju yang
dipakai Khalifah baru saja dibasuh dan belum kering. Karena tidak ada baju
lagi, maka baju itu dipakainya juga. karena itu beliau selalu mengerak-gerakkan
bajunya ketika berpidato agar cepat kering.
Ketika Khalifah Umar sakit, pakaian yang dipakainya telah
kotor. Muslimah Abdul Aziz kakak Fatimah Abul Malik datang menemui adiknya dan
melihat Khalifah yang sedang sakit. "Fatimah, basuhlah pakaian Khalifah
itu. Sebentar lagi orang ramai akan masuk menemuinya", tegur Muslimah.
"Demi Allah, beliau tidak punya pakaian lagi kecuali yang dipakai
itu", jawab Fatimah.
Seorang perempuan Mesir telah datang ke Damsyik kerana ingin
bertemu dengan Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz. Dia bertanya-tanya di
mana istana Khalifah dan orang ramai menunjukkannya. Sampai saja di rumah yang
dimaksudkan, perempuan Mesir itu bertemu dengan seorang perempuan yang memakai
pakaian yang sudah lusuh dan buruk dan seorang lelaki sedang bergelimang dengan
tanah kerana memperbaiki rumahnya. Perempuan itu bertanya lagi dan ketika
mengetahui bahawa perempuan yang ditanya adalah Fatimah isteri Khalifah, dia
terkejut luar biasa. Kerena mana ada seorang permaisuri raja yang berkuasa
memakai baju buruk seperti itu. Dia merasa takut dan kagum. Akan tetapi Fatimah
pandai melayani, sehingga tamu itu merasa suka dan tenang hatinya.
"Mengapa puan tidak menutup diri daripada lelaki tukang keruk pasir
itu?" tanya perempuan Mesir itu. "Tukang keruk pasir itulah Amirul
Mukminin" jawab Fatimah sambil tersenyum.
Sekali lagi tamu itu terkejut dan beristighfar. Khalifah
Umar tidak mempunyai pelayan kecuali seorang anak-anak lelaki. Dialah
satu-satunya khadam dalam istana Umar. Fatimah memberinya makan kacang setiap
hari sehingga si pelayan menjadi bosan. "Kacang..kacang...setiap hari
kacang," kata si pelayan merungut. "Inilah makanan tuanmu Amirul
Mukminin, wahai anakanda," kata Fatimah.
Diceritakan bahawa seorang lelaki dan isterinya di Syam
telah merelakan anaknya ikut berperang di jalan Allah dan menemu syahid di
medang perang. Beberapa masa kemudian dia melihat seorang lelaki dengan
menunggang kuda menuju kearahnya. Setelah diperhatikan, ternyata pemuda itu
seiras anaknya yang telah meninggal dunia. "Hai, coba kamu lihat pemuda
yang berkuda itu, seperti anak kitakan?" kata lelaki itu kepada isterinya.
"Semoga Allah merahmati engkau. Janganlah tertipu oleh syaitan. Anak kita
sudah syahid, bagaimana bisa menunggang kuda seperti itu?" kata isterinya.
Sementara suami isteri itu memperhatikan dengan betul,
tiba-tiba pemuda menunggang kuda itu telah berada di hadapannya.
"Assalamualaikum." kata penunggang kuda. "Waalikumsalam,"
jawab kedua-dua suami isteri itu. Ternyata dia memang anaknya, maka terkejutlah
kedua ibu bapa itu sambil segera memeluknya. Mereka gembira luar biasa
bercampur heran. "Ayah, ibu tetap saja di situ," kata pemuda itu
menegur. "Saya bukan seperti ayah dan ibu lagi, demikian juga ayah dan ibu
bukan seperti saya. Saya datang pun bukan untuk pulang kepada ayah dan
ibu." Kedua ibu bapa faham akan maksud anaknya, mereka pun diam. Kemudian
anak itu menerangkan bahawa kedatangannya bukan sengaja. "Sebenarnya aku
datang bukan untuk mengunjungi ayah dan ibu, tetapi hanya mengambil kesempatan
saja dalam keperluan lain. Yaitu Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz telah
wafat. Golongan syuhada minta izin kepada Allah untuk hadir dalam pengurusan
janazahnya. Allah memperkenankan permintaan mereka dan saya termasuk di antaranya."
Kemudian dia bertanya keadaan kedua ibu bapanya, menghormatinya dan menjanjikan
kebaikan daripada Allah. Setelah itu dia mendoakan ibu bapanya memberi salam
lalu pergi. Dengan itu penduduk kampung mengetahui bahawa khalifah mereka, Umar
Abdul Aziz telah wafat.

#copypaste
1 comments:
Nice Sharing.. Salam Maulidurrasul..
Papaglamz singgah dan follow..
www.papaglamz.com
Post a Comment